NADI X ENTERPRENEUR_EmpowHer_ LIVE WEBINAR 7 (PERANCANGAN PERNIAGAAN)
2 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 02 April 2026, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR_EmpowHer_ LIVE WEBINAR 7 (PERANCANGAN PERNIAGAAN). Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan menenai realiti usahawan kecil di Malaysia iaitu kerja kuat setiap hari dari pagi hingga malam, banyak buat kerja operasi, tapi kurang arah tujuan, kerap buat keputusan perniagaan ikut rasa dan penat fizikal dan mental, tapi bisnes tak bergerak ke depan. Selain itu, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan mengenai kerja kuat tapi bisnes tak berkembang seperti perniagaan berjalan setiap hari, tetapi tiada hala tuju, sering terjatuh dalam lubang maut perniagaan mikro, mencampur-adukkan kewangan syarikat dan peribadi dan tiada rekod digital yang menyebabkan buta stok. Seterusnya, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan sedia untuk merombak bisnes anda iaitu roadmap business anda dipacu oleh 4 teras utama : MOFA, jangan tunggu sempurtna, mulakan langkah pertama hari ini dan tindakan anda dalam 48 jam akan datang menentukan kejayaan. Akhir sekali, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan mengenai masalah sebenar : bukan usaha, tetapi bisnes iaitu tiada pelan pelaksaan yang jelas dan berstruktur, tiada ukuran prestasi objektif yang dipantau, gagal menjajaki kasihatan aliran tunai secara bulanan dan hakikat : pelan hanya bernilai bila ia dilaksanakan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Perancangan Perniagaan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: